Monday, March 27

KECANTIKKAN IDAMAN SETIAP WANITA




Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. 

Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. 

Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri iaitu ESP, Vita C, B-Complex dan GLA Complex.

Mari kita lihat bagaimana vitamin-vitamin di atas boleh membantu kecantikan kulit anda.

1) Vita-C merupakan vitamin wajib untuk kecantikan kulit kerana ia membantu merangsang pembentukan kolagen yang bertanggungjawab mengekalkan kelembapan dan kegebuan kulit.

Ia juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi kulit dari kesan pencemaran, UV dan diet yang tidak sihat.

Selain itu Vita-C membantu memudarkan kesan parut, mengurangkan kesan sunburn, mencerahkan kulit dan menghalang pigmentasi kulit.

2) B-Complex juga vitamin wajib untuk kecantikan kulit. Setiap jenis vitamin B dalam B-Complex mempunyai peranan tersendiri dalam kecantikan kulit.

Perlu diingat, B-Complex merupakan vitamin anti-stress yang mana stress merupakan salah satu faktor masalah kulit seperti berjerawat.

B-Complex terkenal dengan fungsinya yang mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

3) GLA Complex pula membantu memperbetulkan sistem hormon wanita. Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan masalah pada kulit. Ia juga mampu mencegah masalah eczema.

4) ESP adalah minuman protein yang hebat untuk membaikpulih sel-sel kulit. Tisu kulit yang rosak boleh menyebabkan kesan parut dan pigmentasi. ESP membantu menggantikan tisu yang rosak itu dengan yang baru.

Pengambilan Supplemen adalah langkah terbaik untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kedut, kulit berminyak, kulit usam, pigmentasi, parut dan liang pori terbuka.

Buat pilihan bijak untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

SR VITAMIN C MEMBANTU PEMBENTUKAN COLLAGEN







Keunikan SR Vita C Shaklee dapat membantu merangsang penghasilan semula kolagen dalam tubuh badan kita. Maka, ia mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal dan lebih halus.

Kolagen merupakan salah satu protein yang terdapat dalam tubuh badan kita dan merupakan komponen penting bagi mendapatkan kulit yang gebu dan halus. Tubuh badan kita memerlukan kolagen bagi menghasilkan kulit cantik dan sihat.

Ia bertindak sebagai penguat otot-otot diwajah supaya kelihatan lebih anjal dan halus. Akan tetapi penghasilan kolagen akan merosot apabila umur kita mencecah 30 tahun ke atas.

Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang membekalkan kolagen untuk topup keperluan tubuh badan kita.

7 + 1 MANFAAT NUTRIFERON





1. Mengukuhkan Sistem Imun Dalam Masa 3 Hari
✍🏻 Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia.
✍🏻 Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan macrophage.
2. Melawan Kanser Dan Tumor
✍🏻 Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.
✍🏻Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
3. Melindungi Dari Influenza
✍🏻 Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
4. Meringankan Stress Dan Kelesuan
✍🏻 Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
5. Melambatkan Penuaan
✍🏻 Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofaj untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
✍🏻Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
6. Mengurangkan Infeksi Oleh Pesakit Hepatitis B Dan C
✍🏻 Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.
7. Mengawal Menopaus
✍🏻 Hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
8. Mengawal PMS
✍🏻 Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.

Wednesday, March 22

Kepentingan Kalsium untuk Wanita.

Tau kah wahai wanita?

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan punca utama yang menyumbang kepada penyakit Osteoporosis.
Untuk mendapatkan sumber yang tinggi kalsium ianya boleh didapati daripada produk tenusu. Contohnya seperti,
✔ Susu Segar
✔ Keju
✔ Yogurt
Sila ambik tau wahai Wanita,
Osteoporosis merupakan penyakit yang 'SENYAP' dan SERIUS.
Wanita hanya tahu mereka mengalami nya setelah mengalami retak atau patah tulang.
Nasihat ChikNa,
Jangan tinggalkan minum susu setiap hari kerana segelas susu mengandungi 500 miligram kalsium.
Keperluan kalsium bagi setiap wanita normal adalah antara 800-1,000 milligram kalsium.
Macam ChikNa memang susah nak minum susu setiap hari. Tapi ChikNa tak risauu sebab setiap hari ChikNa akan ambik 4 biji Ostematrix.
4 biji Ostematrix mencukupi keperluan kalsium setiap hari iaitu sebanyak 1,000mg.
Anda dah minum susu ke hari nie?


😊

Buang Berhala Dunia!


Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.
Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer. Kalau ada pun dari ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa.
Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.
Cuma beliau kata, kalau ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;
“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”
Stop dulu suara2 halus tu, cuba muhasabahdiri. Counter back dengan cakap macamni,
“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.”
Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.
“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.”
Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit.
Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.
Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya.
Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang).
Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.
Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat.
Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.
Nota : Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala. InsyAllah Allah yang buatkan semuanya.
Salam mujahidah.
LikeShow more reactions

REZEKI MEMANG TAK PERNAH SALAH ALAMAT...TAPI...


Rezeki memang tak pernah salah alamat..tapi kalu nak tulis alamat pon tak reti, tak tahu mana nak tuju dalam hidup, asyik duk tawakkal sampai sudah, macam mana rezeki nak sampai?
Rezeki memang tak pernah salah alamat..tapi kalu nak kuar modal beli sampul pon berkira, nak jilat setem pon tak semangat, rasa geli tak kena tempat, macam mana rezeki nak dapat?
Rezeki memang tak pernah salah alamat..tapi kalu malas nak angkat kaki gi pos, nak harapkan orang lain tolong buatkan semua, macam mana rezeki nak jelma?
Rezeki memang tak pernah salah alamat..tapi kalu bangun subuh pon liat, time doa asyik nak skip, time wirid pon short cut, macam mana rezki nak berkat?
Rezeki memang tak pernah salah alamat..tapi yang salah kita yang takmo berusaha dan asyik duk berharap. Orang suh kerja ngko takmo, rezeki lambat ngko meroyan, kalu orang lain dapat, ngko lak yang sentap. Ngko rasa?
Nak rezeki banyak kenalah kerja, nak rezeki cepat kenalah usaha, nak rezeki berkat janganlah putus berdoa. Simple!
Diizinkan SHARE jika faham.

Monday, February 20

5 Makanan Untuk Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Pernah mengalami tekanan darah rendah ? Biasanya keadaan ini dapat dikenalpasti jika sering mengalami badan menjadi lemah, lesu, kepala pusing dan mudah tertekan serta tekanan darah hanya 90/60 mmHg , jika hal ini terus dibiarkan sudah pasti akan menjadi masalah kesihatan yang serius dikemudian hari. bagi yang sering mengalami tekanan darah rendah pemakanan amat penting untuk mengatasi atau mengelakkan mengalami nya. Boleh cuba makanan seperti dibawah:-
 
  1. Sayur bayam - Sayur bayam mengandung kalium. Selain itu juga rendah sodium dan kaya folat. Kesannya, dapat membuat peredaran lebih lancar dan membantu proses pembentukan sel darah merah.
  2. Minum air - Salah satu penyebab tekanan darah rendah adalah kurangnya cairan dalam tubuh atau dehidrasi. Minum air mineral 8 gelas sehari adalah salah satu untuk menaikkan tekanan darah.
  3. Kekacang - Berbagai jenis kekacang, mulai sayur buncis, kacang merah, kacang hijau, dan lainnya dapat membantu meningkatkan tekanan darah. Ini adalah hasil penelitian dari Harvard Heart Letter.
  4. Ayam - Protein yang dikandung oleh daging ayam membantu dalam pembentukkan sel darah, juga sel tubuh. 3 kali seminggu dapat menjauhkan Anda dari tekanan darah rendah. Ingat, buang bahagian lemaknya, agar terhindar dari kolesterol jahat.
  5. Sereal dan gandum - Makanan yang terbuat dari gandum, contohnya roti, juga sereal, dapat membuat badan lebih sihat untuk tekanan darah. Zat besi dalam jenis makanan tersebut mampu memperbanyak produksi sel darah merah dan menguatkan pembuluh darah.
Namun AR percaya tak semua diatas dapat memberikan zat yang sepenuhnya untuk mereka2 yang mengalami masalah tekanan darah rendah. AR sendiri mengamalkan set ini sepanjang kehamilan..Alhamdulillah ujian darah baru2 ini menunjukkan tekanan darah yang normal. Set ini lengkap dengan keperluan zat yang diperlukan seperti Protein (ESP - semestinya selamat dan Non Gmo), Zat Besi (Vitalea - Multivitamin yang kaya dengan zat besi), Vitamin C ( Menguatkan system imun dan membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum), Folat (Bcomplex - Kaya dengan asid folic dan membantu mengatasi tekanan yang menyebabkan kemurungan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...