Friday, May 9

RAMUAN UTAMA VIVIX



Jum kenali 4 ramuan hebat yang menjadikan VIVIX sebagai TONIK AJAIB DI DUNIA!

========================
1. Muscadine Grape (Anggur Muskat)
========================

✔ Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur paling istimewa.

✔ Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

✔ Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bole golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakn sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

✔ Anggur Muscadine ini berharga hampir RM100 sebiji di pasaran!

====================
2. Purple Carrot (Lobak Ungu)
====================

✔ Lobak ungu amat kaya dengan Anthocyanin yang bertindak sebagai anti keradangan yang menjadikannya amat baik dalam rawatan Radang & Sakit Sendi.

✔ Ia juga kaya dengan manfaat antiviral, antiseptic dan antimicrobial.

✔ Kesimpulannya, Lobak Ungu ini amat baik untuk merawat:

➟ Arthritis (radang Sendi)
➟ Kanser
➟ Meningkatkan Imuniti
➟ Memperbaiki Penglihatan
➟ Membekalkan serat tinggi dan merawat saluran pencernaan
➟ Merawat jangkitan bakteria dan virus – Flu, Measles dan juga jangkitan saluran kencing.

===========================
3. European Elderberry (Elderberi Eropah)
===========================

✔ Sejenis tumbuhan berries berwarna ungu gelap yang dijadikan ubat untuk merawat Flu termasuk Influenza. Ia juga mengandungi Anthocyanin yang tinggi dan digunakan sekian lama untuk merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser.

✔ Juga amat membanu dalam mengatasi masalah pernafasan seperti Bronchits dan Asthma.

=================
4. Polygonum Cuspidatum
=================

✔ Mengandungi Resveratrol di mana kajian menunjukkan bahawa Resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan dengan cara mengaktifkan gene longevity pada DNA manusia.

✔ Resveratrol mengurangkan kerosakan pada DNA manusia sambil memperbaiki DNA dari sebarang bentuk kerosakan yang di alami.

✔ Kerosakan DNA adalah merupakan punca utama kepada masalah penyakit moden seperti Diabetes, Penyakit Jantung dan juga Kanser.

✔ Oleh itu Resveratrol adalah amat baik dalam usaha untuk:

➟ Mengurangkan risiko serangan penyakit jantung.
➟ Mengurangkan komplikasi diabetes
➟ Mengurangkan arthritis dan menyokong Sendi Sihat.
➟ Mengurangkan risiko Nyanyuk / Alzheimer
➟ Menggalakkan kulit yang cantik dan berseri.
➟ Menggalakkan pernurunan berat badan (jika diambil dengan cara yang betul)

Jangan bimbang kerana bahan-bahan utama Vivix telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee!

TERBUKTI VIVIX ADALAH 100% SEMULAJADI!

#PERHATIAN: Vivix tidak digalakkan untuk wanita hamil, sedang menyusukan bayi, atau sesiapa sahaja berumur kurang 18 tahun.

Suzana , Shaklee ID : 1065807

 Untuk pertanyaan dan order, sila klik di sini :
http://buff.ly/1uEFiVE

  SMS/ WhatsApp di 018-6622890

❂ ❂ Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, May 6

TUKAR Junk Food Anak Anda kepada Meal Shakes Shaklee...Ini Kalilah !


Assalamualaikum 


Hari ni dah masuk hari ke 6 bulan May 2014 kalendar Masihi dan bagi kalendar hijri kita dah pun menjengah ke 6 Rejab...Hope tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Rejab yang juga dikenali sebagai bulan Allah bagi kita orang Islam. Kehadiran bulan Rejab ini juga umpama training kita untuk menyambut Ramadhan selepas tamatnya Syaaban yang akan hadir selepas Rejab nanti iaitu kira2 2 bulan lagi. Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk sampai ke Ramadhan tahun ini InsyaAllah..

Ok lah dalam entri kali ini saya nak bercerita tentang supplemen shaklee yang sangat femes atau dikenali untuk kanak-kanak iaitu Mealshakes - French Vanilla....atau nama glamernya MS...hehe...supplemen pun ada nick name tau uols, bukan uols jer ada nick name...hehehe....

Macam mano rupe meal shakes ni? Ok, kepada sesiapa yang belum kenal meal shakes, meh saya nak tunjuk gambar selfie meal shakes..(supplemen pun selfie u, ko hado????)
Meal Shakes Shaklee ~ French Vanilla




Ha, cerita panjang-panjang pun tak guno, kat atas tu lah meal shakes...tp ape bondo pulak meal shakes duk bertingkek-tingkek tu? ha ni den nak kabo kan, bulan ni shaklee ada buat special offer untuk meal shakes ni...meal shakes promo buy 6 free 1 with FREE membership lagi u....hanya untuk bulan Mei 2014 saje...apo???? buy 6 free 1, apo banyak sangat tu, nak buek apo, kang anak den susun buat pin bola bowling nayo....ha, tu la ekau x tau...ni den nak cerito tentang kebaikan meal shakes ni...kalau ko da tau ni kang, buy 10 free 10 pun ko sapu....meh baca terus...bagi den cito kebaikan meal shakes ni yo.....(bilo lak aku jadi org nogori ni...btul lidah sat...)

Ok, first of all meal shakes ni boleh kita umpamakan sebagai makanan segera untuk kanak-kanak atau orang kampung saya panggil "snacking" atau bahasa melayunya kudapan la. Dah jadi lumrah kanak-kanak kan, suka snacking...suka makan jajan orang johor kata, So, instead of kita bagi anak-anak kita makan snacking yang entah apa-apa seperti junk food yang dah terang lagi bersuluh takde khasiat malah in long term memudaratkan, apa kata kita TUKAR...ini kalilah....tukar pada makanan kudapan atau snacking yang lebih berkhasiat untuk anak-anak kita. Kat sini meal shakes boleh menggantikan peranan ini.
Say NO To Junk Food !!!
Apa yang BAGUSSSS SANGAT tentang meal shakes ni? Selain rasa meal shakes yang sedap macam ice cream vanila, ia juga menyihatkan..kanak-kanak confirm suka dengan meal shakes ni dek rasanya yang ala-ala eskrem vanilla tu..takde la korang tengok muka anak mencebik nak makan supplemen or vitamin..silap2 diorg yang merengek-rengek mintak. Meal shakes ni sesuai bangat untuk anak2, untuk remaja, mak budak, bapa budak, tok, nenek, semua boleh makan...kenapa???? Ok, sy list kan what meal shakes can give u :

  • Apabila dihidangkan dengan hidangan seperti yang diarahkan, meal shakes mampu menyediakan 23 Vitamins dan minerals penting daripada keperluan harian kita. Banyak kan???? Bayangkan kita nak cekau 23 vitamin ni nak kasik kat anak2 kita???? Mana nak cekau Kiah...tu belum anak yang belum ada masalah xmo makan, xde selera makan, lagi la tak cukup vitamin...bila tak cukup vitamin, paham2 je la, antibodi low, mudah diserang penyakit, IQ pun akan efek jugak...nak ke kita tengok anak2 kita mandom je?? asik keluar masuk hospital ?? Ataupuan susah nak dapat pe yang di ajar atau org german kata lampi...huhu...nak ke???? no, x perlu jawab....sy yakin parents know the best for their own child :)

  • Sumber terbaik fiber dan protein yang hanya mengandungi 240 kalori per hidangan bila dicampurkan dengan susu rendah lemak. As we know protein n fiber are antara vitamin yang sangat penting dalam badan2, specially tumbesaran kanak2.

  • Rich source of calcium Kaya dengan kalsium. So that penting untuk pembentukan tulang dan gigi anak-anak kita

  • Bukan jenis protein-soya

  • Rendah lemak - rendah glycemic. Menjadikan meal shakes kudapan yang menyihatkan, tapi bukan menggemukkan.....

Selain daripada melengkapkan nutrisi anak kita, meal shakes juga boleh antara lain :

- Menangani masalah kurang selera makan anak anda dengan Meal Shakes...
- Memulihkan penyakit Ekzema kanak-kanak
- Menghilangkan mual bagi wanita mengandung

dan banyak lagi...InsyaAllah saya akan ceritakan lagi dalam entri akan datang ya....Before I end my entry, i leave u all with this quote from shaklee about meal shakes yang telah ditranslate dan diubah suai sikit untuk dibaca...selamat membaca...:) :) :)


" Dengan kehidupan aktif kanak-kanak, mereka tidak sentiasa mempunyai masa untuk duduk dan makan dengan tenang . Itulah sebabnya mereka perlu pilihan makanan segera yang juga baik untuk mereka - pilihan seperti rendah lemak, rendah glisemik Shaklee Meal Shakes ®. Dengan rasa yang ENAK, malah mudah untuk disediakan, campuran minuman pek pemakanan tambahan MEALSHAKES memberikan lebih nutrisi sebagai salah satu hidangan atau kudapan anda sekeluarga. Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting, dan kaya dengan kalsium dan sumber protein - nutrien asas untuk anak-anak membesar dan remaja agar kekal kuat dan sihat. "

Meal Shakes pilihan tepat ibu-ibu penyayang di luar sana...pilihan anda pula????

Untuk maklumat lanjut/konsultasi/order : PM ke https://www.facebook.com/messages/aisyahaiman85 ✆ Call/ SMS/WhatsApp : 018-6622890 ( Suzana Che Nok ) ➲ COD Ampang : Cheras : Desa Pandan

Alahan Mudaratkan Kandungan?




Ketika hamil, loya, mual dan muntah merupakan alahan atau morning sickness yang normal. Walau bagaimanapun alahan yang terlalu berlebihan boleh memudaratkan diri dan kandungan.

Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil mengalaminya. Sebagi makluman, morning sickness lazimnya berlaku pada awal usia kehamilan iaitu di minggu kelima hingga keenam. Tahap paling teruk ialah pada minggu kesembilan. Namun, ia akan beransur-ansur pulih apabila kandungan mencecah usia minggu ke-16 hingga ke-18.

Alahan keterlaluan

✎ Terlalu kerap muntah di mana ia berlaku tidak kira masa, urin mengandungi ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal. Masalah ini dikategorikan sebagai hyperemesis gravidarum.
Simptom masalah hyperemesis gravidarum termasuklah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih dan tidak bermaya serta kekurangan air.

✎ Pada peringkat pertama hyperemesis gravidarum, anda akan mengalami muntah antara tiga hingga empat kali sehari. Pada masa yang sama, anda tidak berselera makan atau minum dalam tempoh 24 jam sehingga tubuh menjadi lemah. Penurunan berat badan yang ketara sehingga dua ketiga kilogram dalam tempoh masa satu hingga dua minggu.

✎ Peringkat kedua Hyperemesis gravidarum, anda menjadi lemah sehingga tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekitar. Denyutan nadi juga semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan mata agak kuning dan cengkung. Berat badan dan tekanan darah menurun, darah menjadi pekat, air kencing berkurangan dan anda sukar membuang air besar.
Keadaan adalah lebih teruk pada peringkat ketiga. Anda tidak lagi mengalami muntah tetapi tidak sedarkan diri. Nadi mengecil dan cepat, suhu meningkat, tekanan darah menurun.

Sekiranya anda mengesyaki diri berkemungkinan mengalami hyperemesis gravidarum pada awal usia kandungan, maka segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor agar pengesahan dapat dibuat. Langkah ini sangat penting agar rawatan lanjut dapat dilaksanakan agar tidak mendatangkan masalah kepada anda dan kandungan sepanjang melalui proses kehamilan dan kelahiran kelak.

Golongan berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum:

✔ Wanita muda berumur 30 tahun ke bawah terutamanya yang pertama kali hamil.
✔ Menghidap migrain, tiroid dan kencing manis.
✔ Faktor keturunan
✔ Pernah mengalami hyperemesis gravidarum kehamilan sebelum itu, berisiko pengalaman yang sama
✔ Wanita yang hamil anak perempuan lebih berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum.
✔ Peningkatan dan perubahan hormon kehamilan yang mendadak, perubahan metabolik dalam kehamilan, alahan terhadap sesuatu dan faktor psikoligikal di mana gaya hidup penuh stres. Malah, terdapat juga kes hyperemesis gravidarum berkaitan dengan kehamilan kembar.
✔ Juga dikaitkan dengan tekanan emosi, masalah sistem penghadaman yang tidak dapat berfungsi dengan baik serta pengambilan diet yang mengandungi lemak terlalu tinggi.

Kesan Hyperemesis gravidarum
❁ Kekurangan zat makanan yang ketara, kekurangan air dalam badan sehingga mengalami gangguan elektrolit dan kehilangan berat badan secara ketara. Tidak terkecuali masalah tekanan darah tinggi, hati dan buah pinggang.
❁ Pendarahan di tekak dan retina sehingga mengganggu gugat fungsi asalnya.
❁ Kekurangan thiamine lalu menyebabkan koma dan meninggal dunia.
❁ Membahayakan kandungan. Ibu yang tidak cukup khasiat pemakanan akan menyebabkan pertumbuhan bayi dalam kandungannya terencat, kelahiran pramatang. Bayi juga boleh meninggal dalam kandungan namun hal ini amat jarang berlaku.

Monday, May 5

Tentang Chinch Shake Shaklee

Ramai yang masih belum berapa tahu tentang Cinch Shake Shaklee, jika dibandingkan dengan produk2 Shaklee yang lain seperti Vitamin C, Vita-Lea, Alfalfa, Bcomplex dan yang lain2...

Jom kita tengok, apa yang perlu kita tahu, tentang Cinch Shake ini...





Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?
Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.

Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?
Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.

Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?
Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.

Cara terbaik minum Cinch Shake
Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.

Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?
Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.

Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?
Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.

Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?
Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.



Sunday, May 4

CYST

(Dipetik dari blog Dr Hamid Arshat)

Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam dalam ovari. Ia dipanggil cyst kerana tumbuhan in mesti mengandungi cecair/fluids. Contoh cecair/fluids ialah air, cecair becampur protein, darah beku, darah haid , minyak dan lemak, lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut , cartilage, tulang dan lain-lain

Jenis-jenis cyst
-----------------
1. Follicular cyst
Mengandungi air, berasal dari kantung telur tetapi tidak pecah pada waktu subur/ovulation, ia terus membesar. Kadang-kadang bolehmelebihi 5 cm. Biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya akan diserap oleh badan. Tidak perlu dibedah.

2. Corpus luteal cyst
Bermula dari bekas kantung telur yang telah pecah bermakna ovulation dan kehamilan telah berlaku. Corpus luteum berperanan untuk menguatkan kehamilan diperingkat awal sebelum uri mengambil alih peranan tersebut. Kadang kala ia boleh membesar sehingga 8 cm. Kebiasannya cyst ini akan pecah sendiri dan cecairnya akan diserap oleh badan.

3. Hemorrhagic cyst
Cyst yang mengandungi darah. Mungkin berpunca dari follicular atau corpus luteal cyst. Berlakunya perdarahan di dalam cyst atau cyst pecah dan darah melimpah merata dalam perut menyebabkan kesakitan yang kuat. Perlu pembedahan segera.

4. Ruptured ovarian cyst
Menyebabkan kesakitan dan perlu dibedah secara cemas.

5. Endometriotic cyst of ovary
Mengandungi darah kotor. Boleh merosakkan ovari, salur fallopio dan rahim. Perlu bedah.

6. Dermoid cyst ovary atau terratoma
Mengandungi cecair berminyak dan lemak, rambut, cartilage , gigi atau tulang. Perlu dibedah.

Merawat lekatan/adhesion secara NATURAL

Kebanyakan doktor bersetuju bahawa pembedahan boleh mengakibatkan berlakunya lekatan. Laparoskopi ialah salah satu pembedahan yg dicadangkan bagi merawat lekatan kerana ia hanya memerlukan pembukaan yg minimal berbanding pembedahan tradisional. Ini dapat mengurangkan risiko berlakunya lekatan selepas pembedahan.


Livestrong.com pula mencadangkan penggunaan antioksidan vitamin E dan vitamin C sebagai rawatan NATURAL bagi meleraikan mahupun memperbaiki lekatan/scar tissue ini. Kedua-dua supplemen ini dapat menggalakkan proses penyembuhan kolagen dan tisu-tisu badan. Penggunaan anti-inflamasi seperti Omega Guard pula dapat membantu meredakan inflamasi yg boleh mendatangkan kesakitan.

Hubungi saya untuk mengetahui harga serta konsultasi.

PM ke https://www.facebook.com/messages/aisyahaiman85 ✆ Call/ SMS/WhatsApp : 018-6622890 ( Suzana Che Nok ) ➲ COD Ampang : Cheras : Desa Pandan Blog :http://bondaaisyahaiman.blogspot.com/

LEKATAN/ADHESION - SALAH SATU PUNCA MASALAH KESUBURAN



Lekatan/adhesion ialah "fibrous band" yg mencantumkan tisu dalam badan yg biasanya tidak bercantum. Lekatan ini boleh disifatkan seperti "scar tissue" atau parut pada tisu badan yg terbentuk ketika proses pemulihan akibat pembedahan contohnya.

Lekatan boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia mula menyelaputi ovari, rahim dan tiub fallopio. Ini mengakibatkan kesukaran bagi telur dan sperma untuk bercantum/bertemu.
(Boleh lihat gambar di bawah. Sumber: Dr Hamid Arshat).







Dalam situasi yg lain, lekatan ini juga boleh berlaku pada rahim yg sedang hamil dinamakan Asherman’s Syndrome. Kebanyakan kes Asherman’s Syndrome berlaku kepada wanita yg pernah menjalani prosedur D&C atau cuci rahim. Antara simptom Asherman’s Syndrome ialah keguguran berulang kali, haid tidak teratur dan sakit pada kawasan ari-ari.

Punca
-------
Selain dari D&C, punca lain menyebabkan berlakunya lekatan:
- jangkitan kuman
- endometriosis
- fibroid
- pembedahan apendiks, usus, fibroid atau cyst

Lekatan dapat dikesan dengan melakukan ujian X-ray pada dinding rahim ataupun dengan memasukkan kamera (hysterocopy) ke dalam rahim. Lekatan boleh dirawat melalui pembedahan seperti laparoskopi.

Sila berjumpa doktor jika anda sebarang simptom di atas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...