Friday, August 15

Punca Susah Nak Turun Berat Badan

Assalammualaikum,

Entry kali ini saya nak share kepada pembaca kenapa lepas makan supplement untuk pecahkan lemak, untuk detoks dan lain2 supplement yang anda ambil untuk turunkan berat badan tetapi tidak berjaya. Sebenarnya, anda perlu menyemak amalan pemakanan dan gaya hidup anda. Mengambil supplement kurus semata-mata tidak menjamin keberkesanan 100% kerana supplement ini membantu mempercepatkan menurunan berat badan JIKA anda menukar amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat kepada yang lebih baik.
Jom semak aktiviti harian kita:

1) Pengambilan air soda

Anda gemar minum air soda? Minuman soda mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65kalori yang TIDAK mengenyangkan. adakah anda hanya meminum 1 gelas soda sekali? tentu lebih bukan? Katakan tidak kepada minuman soda.

2) Kurang tidur

Tidur yang kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus meningkatkan keinginan untuk makan lebih kerana waktu anda berjaga, anda melakukan aktiviti dan memerlukan tenaga. Maka kecenderungan anda makan adalah lebih besar jika anda berjaga lebih dari sepatutnya.

3) Tidak bersarapan

Seseorang yang tidak mengambil sarapan pagi berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti atau kegemukan. Sarapan pagi dapat meningkatkan metabolisme badan untuk memulakan hari anda. Perut yang kosong akan menghantar signal kepada otak bahawa anda kekurangan tenaga maka otak akan memperlahankan metabolisme badan untuk persediaan berlapar. Perut kosong juga akan menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengah hari.

4) Makan terlalu cepat

Kunyah makanan perlahan-lahan membantu percepatkan rasa kenyang kerana anda mendapat kalori yang sepatutnya semasa mengunyah. jika anda terus menelan makanan dalam cebisan yang besar, kecenderungan anda makan lebih dari yang diperlukan badan adalah tinggi.

5) Kurang minum air

Air kosong adalah sangat penting dalam memangkin aktiviti badan. Jika anda minum 2 gelas air sebelum makan, akan membuatkan anda berpeluang sebanyak 30% untuk menjadi lebih kurus berbanding mereka yang tidak minum sebelum makan.

6) Makan ketika stress/tertekan

Ketika stress, sesetengah daripada kita gemar mengalihkan kepada makanan. dan dengan mengetahui coklat membantu meghilangkan stress, maka ramai yang cenderung makan coklat. Coklat adalah bagus, tetapi coklat yang biasanya dijual mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. maka secara langsung menyumbang kepada obesiti.

7) Tidak bersenam dan kurang aktiviti fizikal

Anda mahu turun berat badan. tetapi anda makan lebih daripada yang anda perlukan. Contohnya, anda bekerja hanya di dalam pejabat, rakan anda pula katalah seorang mat dispatch (penghantar barang). Keperluan kalori anda dan rakan anda adalah berbeza. Anda hanya memerlukan 5 sudu nasi manakala rakan anda memerlukan 15 sudu nasi, sebagai contoh ratio pembahagian makanan. Maka anda perlu tahu, aktiviti harian dan kesesuaian pengambilan kuantiti makanan anda.
Jika makan banyak, malas bersenam, dan merungut tidak turun berat badan, fikir-fikirlah salah siapa.

8) Makan lewat malam

Malam adalah waktu berehat. Maka anda kurang melakukan aktiviti. Tetapi apabila anda mengambil makanan lewat malam, dan seterusnya anda ke bilik tidur, ini adalah sangat membahayakan kerana apabila anda tidur, badan berehat dan metabolisme badan menjadi sangat rendah. Maka lemak-lemak akan terkumpul dengan mudahnya anda menjadi gemok!

JOM jadi sihat!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...