Saturday, November 22

4 Tabiat Buruk Yang Menjejaskan Kesihatan Anda


APAKAH yang akan berlaku sekiranya anda tidak cukup tidur, tidak mendapatkan sarapan pagi, duduk terlalu lama, dan berada dalam keadaan yang sangat marah? Ketahui bagaimana faktor ini sebenarnya akan menjejaskan kesihatan anda.



Apa yang akan terjadi sekiranya anda hanya tidur kurang dari 5 jam sehari - 
  • Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu jadual pemakanan anda. Anda mungkin akan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidur yang tidak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan anda mudah untuk menghidapi penyakit demam atau selesema. Seorang dewasa dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tetapi awas, anda juga perlu mengelakkan terlebih tidur kerana ia turut memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan anda.

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi - 
  • Apabila anda bangun daripada tidur, ia bermakna tubuh anda telah 12 jam tanpa makanan. Ia memerlukan pengisian semula untuk membekalkan tenaga. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan, tekanan darah akan menjadi rendah, ia akan mengganggu organ daripada berfungsi pada tahap sebenar. Otak anda juga akan terganggu kerana tidak mendapat aliran darah yang mencukupi. Ia akan membuatkan pemikiran anda menjadi lembap. Hasil kajian juga mendapati bahawa daya ingatan seseorang yang mengambil sarapan adalah lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengambilnya.


Apa akan terjadi sekiranya anda duduk terlalu lama -
  •  Apabila anda duduk terlalu lama, tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dalam badan menjadi lemak. Ini akan membuatkan anda menjadi lebih gemuk. Selain daripada itu, ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada saraf dan sel-sel darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang.



Apa akan terjadi sekiranya anda dalam keadaan yang marah - 
  • Seorang yang pemarah biasanya akan menghidap penyakit darah tinggi pada usia yang muda. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko anda menghadapi serangan jantung. Punca seseorang menjadi marah biasanya adalah disebabkan oleh tekanan perasaan. Jadi cuba elakkan anda berada didalam situasi yang tertekan. Marah adalah merupakan sifat semulajadi manusia tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya.

Friday, November 21

Tip Pemeriksaan Sendiri Payudara

Jika disebut sahaja kanser pasti yang terbayang ialah kematian. Maklum sahaja penyakit berbahaya itu bukan sahaja datang secara senyap tetapi juga membiak dengan pantas.

Berita baiknya, jika berjaya dikesan awal, kanser terutama kanser payu dara boleh dirawat dengan berkesan. Umum mengetahui kata kunci bagi kanser payu dara adalah pengesanan awal menyelamatkan nyawa.


Malah pengesanan awal yang dilakukan sendiri di rumah mampu mengurangkan risiko penyakit yang merbahaya itu.

Menurut Fasilitator Majlis Kanser Negara (Makna) Habiba Abdul Rahman, pengesanan itu penting bagi menentukan tahap kesihatan payu dara seseorang malah ia juga mampu mengelakkan ia merebak ke peringkat yang lebih teruk.

"Pemeriksaan sendiri buah dada atau Breast Self Examination ( BSE) setiap bulan penting kerana pada peringkat awalnya bukan bertujuan mencari ketulan tetapi yang lebih utamanya ialah untuk mengenal bentuk, saiz serta teksturnya.

"Dengan BSE sebulan sekali, kita akan menjadi lebih sensitif dengan apa yang normal dan tidak normal bahagian tubuh kita sendiri ,'' ujarnya ketika menyampaikan maklumat tentang pengesanan awal kanser payu dara di Petaling Jaya baru-baru ini.

Keadaan itu katanya, memudahkan untuk mengesan apa-apa perubahan atau kelainan yang mungkin berlaku pada bulan-bulan yang akan datang.

Misalnya, tiba-tiba terasa kulit di bahagian atas payu dara, bersebelahan ketiak anda menebal.

"Sekiranya kita sudah biasa dengan bagaimana rupa bentuk dan rasanya sebelum ini, secara automatik kita akan tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan diri kita sendiri,'' katanya yang sudah beberapa tahun menjadi jurucakap Makna.

Katanya, langkah melihat dan merasai boleh dilakukan dengan pemeriksaan sendiri iaitu belajar bagaimana mengenal pasti tanda-tanda permulaan kanser payu dara manakala bertindak dengan mengetahui apakah simptom barah itu dan tahu di mana hendak mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan BSE amat mudah dan tidak menyakitkan seseorang. Malah ia hanya mengambil masa yang singkat untuk melakukan.

"Kita hanya perlu berhadapan dengan cermin untuk membuat pemeriksaan ini dan menekan sendiri payu dara dengan tepat untuk melihat ketidaknormalan yang ada pada bahagian payu dara kita,'' ujarnya bersungguh.

Ditanya mengenai bilakah waktu sesuai yang boleh dibuat pemeriksaan itu, Habibah memberitahu, ia patut dilakukan dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid.

"Ketika itu adalah masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan memandangkan payu dara kita tidak bengkak dan sakit,'' ujarnya.

Bagaimanapun bagi seseorang yang putus haid atau haid yang tidak menentu ataupun yang menjalani pembedahan histeraktomi (pembedahan buang rahim) pemeriksaan itu tetap boleh dilakukan.

Sebaliknya tetapkan satu hari bagi setiap bulan untuk membuat pemeriksaan itu dan pilihlah satu hari tertentu yang mudah diingat, contohnya tanggal pertama setiap bulan.

Bagaimanapun katanya, kaum lelaki juga turut digalakkan untuk membuat pemeriksaan tersebut.

"Biarpun kaum Adam jarang mendapat kanser ini. Namun ia boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko terhadap penyakit tersebut,'' ujarnya lagi.

Katanya, sekiranya terdapat kelainan pada payu dara seperti perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit, gumpalan, puting tersorot ke dalam mahupun terasa sakit pada payu dara segeralah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Tambahnya, amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan dan ketahuilah tentang payu dara sendiri.

"Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku," katanya.


Berikut Lima Langkah Sederhana Pemeriksaan Payudara ‘Sendiri’ beserta gambar cara pemeriksaan payudara:
Langkah 1: Mulailah dengan melihat payudara anda di cermin dengan bahu lurus dan lengan di pinggang.

Inilah yang mesti dicari:
* Apakah payudara anda memiliki ukuran, bentuk, dan warna seperti biasanya, kita harus curiga apabila payudara memiliki besar yang tidak sama atau asimetris
* Penampakan payudara rata tanpa terlihat distorsi atau bengkak.

Jika Anda melihat perubahan berikut, bawalah ke dokter untuk diperiksa:

* Dimpling (permukaan tertarik/cekung), puckering (kerutan), atau bengkak pada kulit
* Puting susu berubah posisi atau tertarik (terdorong dan tertarik ke dalam)
* Kemerahan, rasa nyeri, ruam, atau pembengkakan.

Langkah 2Angkat lengan dan cari perubahan yang sama.

Langkah 3: Ketika di depan cermin cari tanda-tanda apapun cairan yang keluar/berasal dari salah satu atau kedua putting susu (ini bisa jadi cairan seperti susu, kuning atau darah).

Langkah 4: Selanjutnya, periksa payudara anda sementara berbaring, gunakan tangan kanan untuk memeriksa payudara kiri dan gunakan tangan kiri untuk memeriksa payudara kanan.
Palpasi dilakukan dengan perlahan, sentuhan lembut dengan ujung jari tangan secara bersamaan. Lakukan melingkar setiap bagian payudara.

Tekan seluruh payudara dari atas ke bawah, dari satu sisi ke sisi lain – dari bagian atas ke arah perut, dan dari ketiak ke tengah.

Mengikuti pola tersebut. Anda dapat mulai memeriksa puting susu, bergerak ke bagian yang lebih besar dan lebih besar hingga mencapai tepi luar dari payudara. Anda juga dapat memindahkan jari-jari anda secara vertikal ke atas dan ke bawah. Pastikan untuk merasakan semua jaringan dari depan sampai belakang payudara: untuk kulit dan jaringan di bawahnya, gunakan tekanan ringan. Sedangkan untuk jaringan yang lebih dalam gunakan tekanan yang kuat.

Langkah 5: Rasakan payudara anda sambil berdiri atau duduk. Banyak wanita yang menemukan cara yang mudah untuk memeriksa payudara mereka yaitu ketika kulit mereka basah dan licin dengan melakukan langkah ini di shower (sementara mandi). Menekan seluruh payudara melakukan gerakan tangan yang sama seperti dijelaskan pada Langkah 4.


- sumber dari blog2 -

Thursday, November 20

Cara Untuk Kurus dan Mengekalkan Keanjalan Payudara

Ramai wanita mengimpikan bentuk badan yang kembali langsing selepas mengalami masalah berat badan dan dalam masa yang sama memiliki payudara yang anjal tanpa berubah struktur kesan dari proses penurunan berat badan.

Kenaikan berat badan adalah sesuatu yang ingin dielakkan oleh ramai orang. Namun ada satu perkara baik bila lemak mula berkumpul di dalam badan yang mana sebahagiannya akan tertumpu di payudara menjadikan ianya nampak penuh dan padat. Apabila anda merancang untuk menguruskan badan dan memecahkan lemak-lemak yang terkumpul, itu juga bermakna lemak di bahagian payudara juga turut hilang. Dan kemungkinan payudara akan menjadi kendur dan tidak lagi menarik.

Jadi bagaimana cara untuk kurus dan dalam masa yang sama mengekalkan keanjalan payudara??
Langkah #1 
Kurangkan pengambilan kalori harian untuk menggalakkan penurunan berat badan. Track pengambilan kalori semasa anda selama lima hari, tambah jumlah dan bahagikannya dengan lima untuk mendapatkan purata harian anda. Kurangkan jumlah ini dengan 500 kalori dan anda akan kehilangan kira-kira 1 pound seminggu.

Langkah #2 
Makan beberapa kali sepanjang hari untuk memastikan selera di abwah kawalan dan memastikan bahawa metabolisme anda tinggi.Makan sebaik sahaja bangun dan makan setiap dua hingga tiga jam untuk sepanjang hari. Namun pastikan makan dlm kuantiti yang kecil dan sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging tanpa lemak, kacang dan produk tenusu rendah lemak. Secawan yogurt rendah lemak dengan buah bercampur-campur dalam adalah pilihan makan yang sihat.

Langkah #3 
Bakar lemak dengan senaman kardiovaskular. Jenis latihan ini membakar kalori lebih cepat dari latihan yang lain. Mulakan dengan memanaskan badan selama lima minit. Lakukan selama 30-45 min, 3x seminggu selang sehari.

Langkah #4
Lakukan senaman dada untuk membina otot di bahagian dada. Lebih banyak otot dibina di bahagian payudara, lebih tegang payudara anda.Contoh senaman adalah push up.



***Amaran***
Jangan cuba untuk menurunkan berat badan terlalu cepat. Berat badan yang cepat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.


***Tips***
Panaskan badan sebelum melakukan apa-apa senaman dada. Lakukan lima hingga 10 minit aktiviti kardio ringan.

Nak lagi payudara tegang walaupun badan kurus?
Vitamin terbaik untuk dapatkan kesan seperti yang diinginkan, cadangan berdasarkan pengalaman ramai pelanggan yang telah mencubanya. Apa vitaminnya?





ESP dan ALFALFA
ESP adalah serbuk protin yang mengandungi leucine. Leucine bertindak untuk merangsang sintesis otot untuk mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan. jadi dengan bantuan senaman untuk anjalkan payudara. Protin pula perlu untuk keanjalan tubuh wanita terutama di bahagian payudara dan punggung serta wajah. ESP mebantu menganjalkan payudara terutamanya bagi ibu yang menyusukan anak. ESP membantu mengawal selera makan, jadi membantu untuk menahan rasa kenyang yang lama.

Alfalfa pula adalah herba telah digunakan untuk peningkatan payudara secara semulajadi. Alfalfa boleh bertindak seperti estrogen, hormon semula jadi yang menyumbang kepada pertumbuhan payudara. Estrogen adalah hormon wanita yang bertanggungjawab untuk meningkatkan saiz payudara. Walaupun badan anda secara semulajadi akan menghasilkan estrogen semasa anda melalui akil baligh dan juga sehingga anda berumur 18 atau 19 tahun, tidak ada salahnya memberi tumpuan kepada makanan yang mengandungi estrogen untuk membantu payudara anda mendapat sedikit lebih besar. Sejumlah besar alfalfa mungkin mempunyai beberapa kesan yang sama seperti estrogen. Tetapi jumlah walaupun besar alfalfa tidak sekuat pil estrogen. Alfalfa adalah makanan yg kaya dengan mineral, vitamin dan phyto-estrogen yang menggalakkan pertumbuhan payudara.

Wednesday, November 19

Atasi Pedih Ulu Hati Dengan ESP Shaklee

APA ITU PEDIH ULU HATI?


Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar (heart burn) yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan, anda mungkin mengalami sakit pedih ulu hati. 


APAKAH PUNCA SAKIT PEDIH ULU HATI?

Masalah pedih ulu hati Ini berlaku bila asid dalam perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Bagi wanita hamil, peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.


SIAPA YANG BERISIKO MENGALAMI PEDIH ULU HATI?
  • Individu yang skip waktu makan/ sedang berpuasa
Pedih ulu hati juga mungkin dialami oleh individu yang sedang berpuasa. Kebiasaannya, badan kita akan mengeluarkan jus untuk penghadaman (berasid) bila kita makan tetapi apabila kita berpuasa, otak kita dah salah faham. Sebaik sahaja kita terbayangkan makanan atau pun terbau makanan, badan secara automatik akan ingat “Oh! Makanan mesti dah sampai”. Jadi, badan akan hasilkan asid untuk persediaan pencernaan makanan. Sebab itulah, sakit pedih ulu hati dan gastrik juga salah satu punca yang akan tingkatkan risiko pedih ulu hati.
  • Wanita Hamil
Kebiasaannya, wanita hamil lebih mudah mengalaminya. Bila kandungan semakin besar, saiz bayi yang makin besar akan tolak usus dan perut anda ke atas. Sebab itulah proses pembuangan jadi lebih lambat dan memaksa asid dalam perut naik ke dalam esofagus. Jangan risau, sakit pedih ulu hati di kalangan wanita hamil adalah perkara biasa dan tidak membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu mungkin rasa kurang selesa dengan keadaan tersebut.

CARA UNTUK ELAKKAN MASALAH PEDIH ULU HATI

  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yangberlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.
Selalunya ramai yang kata ESP memang berkesan untuk hilangkan Pedih ulu hati ni..Meh baca apa kata pengguna ESP ni..


Tuesday, November 18

Perbezaan antara Meal Shake, ESP dan Cinch Shake Shaklee.






Kali ini saya nak kongsikan tentang perbezaan antara Meal Shake, ESP dan Cinch Shake Shaklee. Masih ramai yang terkeliru tentang kegunaan ketiga-tiga jenis makanan tambahan ini.
Banyak saya chek melalui blog semuanya info yang sama, so di bawah ni perbezaan antara Meal Shakes, ESP dan Cinch Shake

 


Meal Shakes
ESP
Cinch Shake
Berat
544g
850g
765g
Sumber kandungan
Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu)
Diperbuat daripada 30kg soya bukan GMO
Soya bukan GMO
Kandungan kalori
120 kalori setiap hidangan
110 kalori setiap hidangan
180 kalori setiap hidangan
Kandungan nutrisi
~mengandungi 24 jenis mineral & vitamin yang diperlukan oleh badan

~kaya dengan serat yang membantu buang lemak berlebihan dari perut dan usus

~dilengkapi dengan asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk keperluan tulang & sel untuk membesar

~lengkap dengan vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan

~mengandungi 7g protein dalam sajian (1/4 cawan)
~terdiri daripada 9 jenis asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh badan

~diperkaya dengan 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral

~mengandungi 14g protein & 500mg kalsium dalam setiap hidangan

~genistein yang terkandung dalam kacang soya membantu mengawal pertumbuhan sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopause & tumbesaran prostat

~satu sajian ESP bersamaan dengan khasiat 2x ganda daging, 4x ganda telur
~diperkaya dengan leusin untuk memelihara otot semasa proses penurunan berat badan (hanya lemak yang dibakar bukan otot)

~mengandungi asid amino perlu

~mengandungi 24g protein bagi setiap hidangan untuk rasa kenyang yang lebih lama

~tinggi kandungan serat iaitu 6g per sajian

~memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin & mineral penting

Sunday, November 16

Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Hamil Jadikan Bayi Pintar



Seperti mana yang kita tahu, perkembangan otak bayi telah pun bermula pada minggu-minggu awal kehamilan lagi. Untuk memastikan perkembangan otak bayi berada di tahap optimum, antara supplement yang baik untuk diambil ialah minyak ikan. Minyak ikan sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3. Pentingkah minyak ikan ini? 

Antara perkembangan terkini dalam bidang ini, adalah pentingnya omega-3 asid lemak dalam kedua-dua perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan ibu. 

Apakah Asid Lemak Omega -3?Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement. 


Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu. 

Mengapa Omega-3 penting?
Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, tindak balas keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung pada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar, manakala yang lain tidak boleh dihasilkan pada semua proses. Apa yang lebih berbahaya, ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit. 

Peranan omega-3 dalam menghasilkan prostaglandin memberi banyak bermanfaat. Dan banyak pesakit, apabila mengamalkan suplement yang kaya dengan omega-3, telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik termasuk dapat mencegah penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan peraturan keradangan. Dos yang tinggi dalam pengambilan omega-3 telah digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan mood dan kajian terbaru telah mengenalpasti potensi kebaikan omega 3 termasuk untuk merawat kanser, penyakit keradangan usus dan lain-lain penyakit autoimun seperti lupus dan artritis reumatoid. 

Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?
Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya. 

Apa makanan mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?
Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis, dan ikan hering. Ramai orang bimbang tentang kandungan merkuri dan bahan toksin lain dalam ikan. Atas sebab ini, suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan sering menjadi sumber paling selamat. Untuk mendapat minyak ikan yang berkualiti tinggi, perlu dilihat kepada pengilang yang mempunyai reputasi tinggi. Hal ini untuk memastikan kandungan EPA dan DHA adalah tanpa risiko ketoksikan. 

Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?
Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan. 

Apakah yang perlu saya mencari apabila membeli minyak ikan?

1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel. 

2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik. Minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. 

3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik. 

Mengapa perlu pilih Omega Guard Shaklee?
  • Omega Guard Shaklee tidak mempunyai rasa hanyir dan bau hanyir
  • Omega Guard Shaklee adalahultratulen dan bergred Farmaseutikal.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Memang tak boleh dinafikan pengambilan Omega3 oleh ibu hamil sangat lah penting.

Untuk order secara online terus dari Shaklee anda boleh klik button "Order Now" dibawah...pembayaran boleh dilakukan menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT sahaja. Bagi pembelian menggunakan Direct Transfer melalui bank atau nak COD SHAKLEE di kawasan berdekatan BAA seperti AMPANG , CHERAS , PANDAN INDAH , PANDAN MEWAH SERTA DESA PANDAN boleh hubungi BAA untuk aturkan pertemuan.




Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm65.00 seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain. Hubungi BAA untuk pendaftaran.


Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Suzana Che Nok
Shaklee Independent Distributor (SID 1065807)
sms/ whatsapp : 018-6622890
Cod area : Ampang , Cheras, Pandan Indah, Pandan Mewah , Desa Pandan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...