Tuesday, February 24

MUSIM PANAS MELANDA - KEMPEN 1 Rumah 1 Performance Drink


Assalamualaikum Semua...Pepagi lagi dah rasa panas...macam dah ada matahari kat luar sana...duduk dalam rumah pun dah terasa bahangnya.. mcam mana la yang bekerja kat luar di bawah matahari tu kan...Saya nak share di sini, suplemen yang dapat membantu anda semasa musim panas ni...

Suplemen yang dapat membantu anda semasa musim panas ini ialah Performance Drink :


● Performance Drink TERBUKTI secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air.
● Performance Drink SATU-SATUNYA Minumam hidrasi yg mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama lain
● DI JAMIN Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
● MENARIKNYA Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
● TERBUKTI secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.



Saya nak kongsikan Tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa musim cuaca panas ialah yang saya baca di Facebook Kementerian Kesihatan.
✔ Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
✔ Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
✔ Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan.Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm).
✔ Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
✔ Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
✔ Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
✔ Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
✔ Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
✔ Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
✔ Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
✔ Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. ✔ Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
✔ Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
✔ Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal.




"I am your Shaklee Independent Distributor!!"
PM ke http://bit.ly/1oFGIPd
✆ Call/ SMS/WhatsApp : 018-6622890
( Suzana Che Nok )(1065807)
➲ COD Ampang : Cheras : Desa Pandan
➲ POS : Seluruh Malaysia

Monday, February 23

Risiko Obesiti Ketika Hamil

obesiti
Setiap wanita hamil memang memiliki komplikasi kehamilan yang tersendiri. Masalah obesiti ketika hamil antara yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita. Obesiti boleh meningkatkan kadar risiko dalam komplikasi kehamilan individu. Semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggilah kadar risiko yang bakal dihadapinya.
Musim perayaan ini mendedahkan wanita hamil kepada pelbagai jenis makanan yang manis, masin dan berlemak. Tanpa kawalan yang betul, ia menambahkan lagi risiko bagi wanita yang berpotensi untuk mengalami obesiti ketika hamil. 
Jika anda mengalami obesiti banyak risiko yang perlu ditanggung sama ada ketika hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Antaranya adalah seperti berikut:

Ketika hamil
*Gestational Diabetes.
*Tekanan darah tinggi.
*Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi.
*Sleep Apnoea iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur.

Ketika bersalin
*Sukar untuk melahirkan.
*Shoulder Dystocia - Bahu bayi boleh tersangkut sewaktu melalui proses kelahiran.
*Kesukaran untuk memantau denyutan jantung bayi.
*Kesukaran untuk menyediakan ubatan bersesuaian bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melalui proses kelahiran.
*Meningkatkan risiko untuk kelahiran normal selepas kelahiran menerusi pembedahan dijalankan sewaktu kelahiran bayi yang sebelumnya.
*Memerlukan kaedah kelahiran menerusi pembedahan kecemasan.
*Meningkatkan risiko komplikasi selepas pembedahan.

Selepas bersalin
*Meningkatkan risiko jangkitan pada luka.
*Meningkatkan risiko darah beku (lazim berlaku selepas kelahiran menerusi pembedahan).
*Mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Sunday, February 22

Menu Akhir Trimester Ke-2

menu
Semakin membesar bayi dalam kandungan, semakin banyak ibu perlu makan makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan vitamin D untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi serta vitamin K untuk membantu proses pembekuan darah.
Jika anda buntu dan tidak ada idea menu apa yang perlu disediakan, berikut adalah cadangan menu yang berkhasiat untuk hidangan seharian.
  1. Sarapan
Ambil bijirin gandum bersama susu, roti bakar mentega kacang, yogurt, roti bakar dengan telur dadar serta pilihan minuman seperti jus epal atau jus oren.
  1. Makan tengah hari
Pilihan daging bakar, sup, ikan salmon, salad, sandwic keju, daging kambing panggang dengankombinasi kentang bakar, lobak merah dan kacang panjang serta buah anggur/tembikai/mangga/epal/ pir dan puding.
  1. Makan malam
Pilih set menu seperti daging panggang, sayur bayam, soto ayam, ikan salmon panggang sebagai sumber protein terbaik.
  1. Snek
Jangan lupa menambah pengambilan snek sihat ketika waktu pagi dan siang hari dengan hidangan roti gulung, roti pisang, keju, yogurt serta susu kocak perisa strawberi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...