Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Saturday, September 19
Doa tambah susu ibu
Friday, September 18
Bakar Kalori Dengan Penyusuan Susu Ibu
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan.
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan.
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya.
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.
Thursday, September 17
Perjalanan Mudah Dengan Susu Ibu
- Ibu yang menyusu anak dengan susu ibu mendapati penyusuan membuatkan perjalanan lebih senang berbanding penyusuan susu botol.
- Dengan meneruskan penyusuan susu ibu, anak akan terus mendapat bekalan nutrien dan faktor perlindungan yang amat penting untuk melawan sebarang jangkitan yang mana bayi mungkin terdedah kepadanya. Walaupun bayi sudah diperkenalkan kepada makanan tambahan, susu ibu tetap merupakan sumber makanan yang bersih, mudah dan sentiasa berada pada keadaan dan suhu sempurna.
- Ibu boleh menyusu mengikut keperluan bayi. Ia menjadi sumber untuk bayi menghilangkan dahaga, menenangkannya ketika tidak selesa ataupun meragam disebabkan oleh tekanan yang menyebabkan telinganya sakit (sekiranya menggunakan kapal terbang) atau keletihan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Oleh itu, penyusuan akan mengurangkan tekanan pada telinganya.
- Hormon prolaktin yang dihasilkan membantu menenangkan ibu dan oksitosin pula menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang, ikatan, komunikasi positif antara ibu dan anak. Ia adalah cara terbaik memenuhi keperluan fizikal dan emosi ibu dan anak. Pastinya ia cara terbaik untuk mengatasi tekanan sepanjang perjalanan yang panjang dan meletihkan.
- Melindungi anak daripada bahaya alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan apa-apa peralatan (botol, puting susu dan lain-lain) yang boleh dibasuh dan dibilas. Susu ibu terhasil dalam persekitaran yang paling steril.
Wednesday, September 16
Testimoni ESP
Tak pernah dengar pun pasal Shaklee atau ESP sampai la March 2007. Tak tau pun Shaklee ni wujud dah lama. Macam mana cinta berputik?
Masa tu dah 8 bulan lepas bersalin anak pertama. Tak pernah menyangka yang lepas bersalin ni akan ada banyak sangat perubahan.
1.kulit menjadi gelap di sekitar perut. Bukan gelap sikit, tapi banyaaak 😭 sampai mak sedara dan kakak cakap, "iah, huduhnya perut ko. Perut aku cantik je lepas bersalin. Takde gelap macam perut ko." Sedih giler kot..
2.kulit jadi kering dan bersisik sampai suami cakap dah jadi macam ikan pulak..sedey 😭 saya sendiri pun rasa tak selesa. Nak sentuh kulit sendiri pun tak suka
3.perut jadi buncit 😨 yang ni lagi haru. Sampai family cakap, tula tak pandai pantang. Tak macam perut aku..huwaaa 😭😭 kena lagi..sedih sangat...
4.BF jadi sikit sangat..Sampai baby nangis tak cukup susu..
5.asyik lapar je.kalau tak control tak lama jadi doraemon kot sebab saya "pendek"
Tula bermulanya kisah saya mencari hero untuk semua masalah saya.
Scroll newsfeed terbaca kisah esp.wah..macam best.nak try la..lepas tu bermula la kisah gugwl menggugel selama 1-2 weeks.haha..banyak punya rajin..
Atlast, hati pasrah, cadangan terbaik adalah ESP SHAKLEE
And yes, lepas 2 minggu consume no more kulit kering. Eh, macam tak caya. Then, dark area mula pudar..yes, dengan bangganya I tunjuk kat kakak I. U tengok, no more si dark.hihi..
Lagi..pagi-pagi tak cari mee goreng dah..tengahari baru makan..selamat la kerampingan I..loike..
Macam tu la kisah cinta saya dan ESP..love u esp 😘😘😘
Puan Aliyya Musa
PENGEDAR / AGEN SHAKLEE DI AMPANG,DESA PANDAN
Saya Suzana, lebih mesra dengan panggilan Anna, Agen/Pengedar Shaklee Ampang,Desa Pandan, Pandan Indah, Pandan Mewah dan Kosas.
5 Sebab Anda Mahu Pilih Kami Sebagai Konsultan Shaklee Anda
#1 Servis Penghantaran ke rumah anda!
Jika anda perlukan produk Shaklee, inshaAllah saya boleh hantarkan ke tempat anda di kawasan Ampang,Desa Pandan, Pandan Indah,Pandan Mewah dan Kosas umumnya secara PERCUMA! Saya adalah agen Shaklee dan fokus berniaga produk Shaklee. Jadi insyaAllah kami dapat hantarkan pada bila-bila masa (hujung minggu/hari kerja, siang/malam) atas persetujuan bersama :)
#2 Penghantaran Melalui Poslaju / GDex / Citylink ke Seluruh Malaysia!
Kami juga membuat pengeposan ke seluruh Malaysia dengan kos:
Minimum
RM 6.35 (semenanjung)
RM 10.60 (Sabah/Sarawak)
Maksimum
RM 10.60 (semenanjung)
RM 21.20 (Sabah/Sarawak)
FREE postage
Pembelian melebihi RM 800 (semenanjung)
Pembelian melebihi RM 1000 (Sabah/Sarawak)
Kami sentiasa ada stok (ready-stock) produk Shaklee kerana cawangan Shaklee Sri Rampai berdekatan sahaja. Jadi mudah untuk dapatkan stok dengan cepat.
#4 Pengguna Shaklee Sejak 2013
Saya merupakan pengguna Shaklee sejak 2013 hingga kini. Secara jujurnya, saya bermula sebagai pengguna sahaja. Setelah jatuh cinta dan merasai sendiri produk Shaklee, saya terus mendaftarkan diri sebagai pengedar, sejak itu saya tidak cuba produk supplement jenama lain.
Saya percaya supplement sangat penting dalam kehamilan, kelahiran. penyusuan dan penjagaan kanak2, apatah lagi menjalani kehidupan yang sibuk sebagai seorang ibu, isteri, dan peniaga online seperti saya.
#5 Konsultansi Cepat dan Mesra
Saya boleh dihubungi melalui Whatsapp di 018 - 6622890. Peribadi saya yang bersahaja insyaAllah membuat anda selesa dan tidak berasa segan untuk berurusan bersama saya.
Tuesday, September 15
[KorangTauTak]
Monday, September 14
Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Macamana Nak Jadi Mak Tak Marah Anak?
- Tarik nafas dan bertenang
- Keluar dari zon marah
- Sertai kumpulan sokongan
10 Cara Mudah Kembali Langsing Selepas Bersalin
- Menyusukan bayi
- Menguruskan keperluan bayi
- Turun naik tangga
- Senaman di bilik tidur
- Bermain dengan bayi
- Berenang
- Senaman lantai pelvik
- Senaman mengikut video
- Jurulatih peribadi
- Membuat kerja rumah
kredit ; Pa & Ma
Korang Tau Tak : ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
➥ Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
➥ Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
➥ Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
➥ Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
➥ Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
➥ Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
➥ Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
➥ Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.