Wednesday, March 22

Buang Berhala Dunia!


Siapa nak dengar cerita? Ini kisah sahabat saya. Kita namakan beliau, Amna.
Amna seorang peniaga online. Majoriti promosi dan iklan memang beliau guna media sosial. Setiap hari. Dah sah sah order yang datang dari media sosial. Kurang fokus kepada offline customer. Kalau ada pun dari ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ada satu waktu, promosi yang dibuat langsung tak dapat sambutan. Beliau ubah cara promosi. Ubah teknik. Ubah pendekatan. Tapi, masih macam tu. Stok tak gerak-gerak. Ah sudah! Stress pun datang bertimpa-timpa.
Hingga satu saat, Allah detikkan dalam hati supaya beliau off seketika. Beruzlah (jauhkan diri dari hal dunia dengan dekatkan diri kepada Allah untuk rasa tenang hati dan fikiran). Sepanjang tempoh itu, beliau cuma uruskan keluarga dan beramal ibadat macam biasa.
Cuma beliau kata, kalau ada bisikan-bisikan datang. Risau itu. Risau ini. Tak sudah sudah. Contoh;
“Camana ni order belum masuk?” “Kerja tu tak siap lagi.” “Kerja ni tak buat lagi.”
Stop dulu suara2 halus tu, cuba muhasabahdiri. Counter back dengan cakap macamni,
“Ya Allah, bantu aku. Aku serahkan semua urusanku pada Engkau. Ya Allah tolonglah uruskan diriku, keluargaku, bisnesku dan kerja-kerja lain.”
Kadang nak solat pun teringat-ingat lagi. Jadi, cakap lagi ulang-ulang.
“Ya Allah Ya Bari’, aku tak mampu. Tolong uruskan order order aku Ya Allah. Aku serah bulat-bulat kepada Engkau Ya Allah.”
Tahu apa jadi? Tak lama. Beberapa hari lepas itu, tanpa buat marketing. Order masuk bertalu-talu. Ada customer offer diri nak jadi ejen. Tiba-tiba customer lama bank in untuk confirm order. Senang cerita, akaun bank aktif balik. Stok gerak sedikit demi sedikit.
Allahu Akbar! Siapa yang buat semua itu? Pastinya Dia, Allah Maha Kuasa. Allah berhak gerakkan setiap inci zarah kehidupan. Tanpa izin Dia, semua benda akan stuck.
Kawan-kawan, kadangkala kita rasa taksub sangat dengan apa yang kita usaha. Buktinya kita lebih yakin, kalau buat yang ini mesti jadi. Buat itu confirm berjaya.
Dalam tak sedar, wujud berhala dunia dalam hati kita. Seolah-olah, usaha-usaha itu yang bagi kita rezeki. Mungkin dengan rasa begitu, connection antara kita dan Allah terhijab (terhalang).
Maka, macam-macam ujian Allah buat untuk tarik kita balik. Supaya kita tak jauh tersasar dari Dia. Bukankah itu tanda Allah sayangkan kita? Rezeki Dia luas. Rahmat Dia pun luas.
Berusahalah, bekerjalah sedaya upaya dan sesungguh hati. Cuma, sandarkan setiap satu kerja kepada Allah SWT. Bukan pada kudrat kita. Sandaran yang kuat buat kita tak mudah penat. Jauh dari rasa kecewa. Apatah lagi nak rasa diri hebat.
Hakikatnya, semua milik Allah yang hakiki. Allah bagi pinjaman saja pada kita.
Nota : Sebelum buat apa-apa kerja, setkan niat Lillahi Ta'ala. InsyAllah Allah yang buatkan semuanya.
Salam mujahidah.
LikeShow more reactions

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...