Saturday, September 23

Kenapa perlu suplemen semasa hamil?

Bukan ibu hamil sahaja yang perlukan suplemen. Kita yang tidak hamil ni punn perlukan suplemen. Bila baca nanti kita akan perasan ohhh inilah sebabnyaa.

Sebab-sebabnya kita nii nak kena ambil suplemen ada banyak. Diantaranya adalah :-

1. Kita nii terdedah pada pencemaran alam setiap saat dan ketika. Radikal bebas menyerang sel-sel kita tak tentu masa.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan mungkin terjejas akibat dari penggunaan baja kimia dan juga racun serangga.

3. Badan kita memerlukan sesetengah vitamin dalam dos yang lebih tinggi. Contohnya seperti vitamin C dan vitamin E.

4. Kebanyakan kita mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat. Kurang bersenam atau tak bersenam langsung. Ada pula yang merokok.

5. Rutin pemakanan kita yang tak seimbang. Sepatutnya apa yang kita makan mengikut piramid makanan tu.

Alangkah sedihhnya bila kita check, apa yang kita makan adalah terbalik dari piramid makanan tersebut 😅.

6. Terdapat pula gangguan penyerapan makanan yang disebabkan oleh pengambilan gula, garam dan kafein yang berlebihan.

7. Jangan lupa! Bila kita memasak zat-zat akan hilang semasa proses memasak.

8. Ibu hamil wajib berusaha untuk mengamalkan suplemen seperti yang dicadangkan untuk mengelakkan kecacatan bayi semasa lahir.

Benda yang boleh dicegah, sepatutnya kita berusaha untuk mencegah. Semoga Allah nampak usaha kita dan menghalang ianya dari berlaku.

9. Semasa hamil keperluan vitamin meningkat untuk digunakan oleh kedua-dua ibu dan anak. Haha duluu orang tua-tua kata makan untuk 2 orang.

Maksudnya keperluan meningkat semasa hamil. Bila DEMAND tinggi,
SUPPLY pun kena tinggi.

10. Dengan pemakanan yang lengkap dan nutrisi yang mencukupi insyaAllah masalah seperti anemia, kelahiran pra matang serta banyak lagi boleh dielakkan.

Akak rasa 10 sebab tuu sudah mencukupi untuk kita ambil suplemen semasa hamil.

Kalau tak yakin lagi, bacalah berulangkali. InsyaAllah kepercayaan dan keyakinan tu akan datang.

IBU SIHAT ANAK PUNN SIHAT.

Salam sayang dari lubuk hati seorang ibu ❤

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...